Ringkasan Pembelajaran Kelas 17.10.2011
Persembahan Movie
Kuliah hari ini merupakan kuliah yang terakhir bagi semester 1. Semua kumpulan perlu membuat persembahan movie sendiri. Terdapat 9 kumpulan yang terdiri daripada 2 atau 3 orang. Setiap kumpulan bergilir untuk mempersembahankan movienya. Movie yang ditayangkan kebanyakan berkaitan dengan kenangan di IPDA. Semua movie yang ditayang mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Puan Zakiah telah memberi banyak komen dan pendapat terhadap setiap persembahan contohnya movie yang tidak ada text,kurang animasi dan grafik.
Sebuah persembahan multimedia yang baik perlu mengandungi text, audio, gambar,susunatur gambar,taipografi, grafik, animasi dan transisi yang baik.
Refleksi
Dalam persembahan movie setiap kumpulan saya berasa boleh mempertingkatkan lagi kualiti movie tersebut.Terdapat banyak movie yang ditayangkan adalah yang berkaitan dengan kenangan kami di IPDA. Semasa melihat gambar tersebut saya berasa masa lalu dengan cepat. Sekelip mata sudah habis satu semester. Selain itu, dalam kuliah hari ini saya telah belajar bagaimana menghasilkan sebuah movie yang baik dan menarik. Movie yang kumpulan kami buat adalah ‘Our Second Home IPDA’ . Puan memuji movie kami tetapi terdapat satu kekurangan iaitu movie kami kurang narration(audio) dan sejarah IPDA. Namun begitu, saya akan belajar daripada kesalahan dan membuat yang terbaik pada masa hadapan. Tamatlah kuliah TMK. Terima Kasih pengajaran Puan Zakiah.
No comments:
Post a Comment