Wednesday, 27 July 2011


Ringkasan Pembelajaran Kelas 7 (27.7.2011)
1.  Guna Microsoft Word buat slip peperiksaan Murid-murid
Mula-mula kami buka Microsoft word dan taip butiran-butiran seperti Nama Sekolah dan masukkan logo sekolah ,dan maklumat murid seperti Nama,mata pelajaran ,purata markah dan keputusan(cemerlang ,sederhana atau lemah)
=butiran yang paling penting ialah bulan ,nama dan markah murid
=Kegunaannya adalah untuk kami masukkan markah murid dengan senang dan cepat.

2.  Buat data markah pelajar
-buka Microsoft word yang baru
-buat table =dalam table perlu isi (nama ,mata pelajaran seperti bahasa melayu,purata dan keputusan)
-tidak perlu ada tajuk di atas table
  
 3. Gabungkan 2 microsoft word menjadi 1 (markah murid diisikan masuk dalam slip murid)
Caranya == Mailings è select recipients è Use existing list
Di nama  murid tekan Insert Merge Field è preview result ( 1 adalah untuk markah murid pertama,2 adalah untuk murid kedua dan seterusnya)
Edit Recipient List untuk hilangkan record murid
-Dalam slip murid kita boleh guna design untuk menambahkan border di tepi slip.
-Selain itu ,Microsoft word boleh membantu kami membuat jadual bertugas
  Contoh Slip Peperiksaan Murid:

Sekolah Kebangsaan Ibrahim
08000 Sungai Petani ,Kedah





Keputusan Ujian Bulanan                                                 Bulan:
Nama: Nabila
Markah Murid :
                   Bahasa Melayu  :50
                   Bahasa Inggeris  :40
                   Sains                   :42
                   Matematik         :45
                   Purata:44.25
                   Keputusan:Lemah

 


 Contoh data markah murid
Nama
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sains
Matematik
Purata
Keputusan
Nabila
50
40
42
45
44.25
Lemah
Zainal
85
89
88
90
88.00
Cemerlang
Siti Fatimah
62
65
70
60
64.25
Sederhana



Refleksi
Sebelum ini saya tidak pernah guna Microsoft word untuk mengisi markah dengan guna mailings ,select recipient ,use existing list dan sebagainya.Saya pun tidak tahu apa kegunaan semua ini.Saya hanya guna Microsoft word untuk taip surat atau buat nota-nota tetapi selepas kelas ini saya sudah tahu .Hari ini saya menimba ilmu yang baru lagi. J

Monday, 25 July 2011

Ringkasan Pembelajaran Kelas 6 ( 25.7.2011)
1.  Create Resume
-Mula-mula buka Microsoft word(m.w).Di bahagian atas m.w ada banyak perkataan seperti home, insert, page layout,references,mailings ,review,view dan add-Ins.Pilih Insert untuk masukkan gambar dalam resume.
-Selepas tekan Insert ,kami pilih picture atau clip art untuk cari gambar.Kalau pilih clip art cari official collection untuk pilih gambar yang cantik .Bentuk gambar boleh diubah apabila kami masukkan gambar dan kami boleh tukar bentuk di format.
-Tepi gambar tersebut kami boleh taip nama,umur,alamat,email dan sebarang makluat mengenai sendiri.
-Selepas siap taip right click dan pilih text wrapping atau cati line spacing untuk bentukkan text tersebut sama ada di tengah atau tepi.

2.  Table– untuk hasilkan chart
-Tekan Insert dan pilih table(pilih column dan row)- design adalah untuk pilih warna table.
-Kalau ingin mengubah tempat perkataan untuk pergi ke tengah atau kiri dan kanan dalam table –highlight perkataan tersebut –right click -  pilih cell alignment.
-Di bahagian atas garisan table semasa mouse sentuhkannya ada anak panah(arrow) yang berwarna hitam –right click di anak panah tersebut untuk tambah column di kanan atau kiri.


3.  Graf
-Tekan di Insert – cari chart – pilih chart yang anda mahu
-Chart option – leyond ( untuk wujudkan angka di atas bar chart atau chart yang anda pilih)

4.  Smart art – untuk buat carta organisasi atau carta kelas
-Sama seperti di atas iaitu tekan Insert-pilih smart art(pilih smart art yang anda suka ,kalau ingin tukar warna carta ,tukar di tempat ‘change colour’

5.  Assignment
-Insert –cover page(untuk buat pilihan)

6.  Check spelling
-cari perkataan Review di bahagian atas dokumen
-tekan review dan pilih spelling dan grammar
-Semasa menaip kalau ada garisan hijau di bawah perkataan maksud perkataan itu adalah salah




Refleksi
Saya telah  mempelajari banyak benda yang baru pada kuliah hari ini iaitu bentuk text yang boleh diubahkan tempatnya sama ada di tengah atau di kiri dan kanan, tambahan column table dan wujudkan jumlah di atas bar chart.Selain itu,benda yang saya tidak pernah cuba dan baru mempelajari ialah smart art dan buat assignment.Saya percaya benda yang saya belajar hari ini dapat membantu saya menyiapkan kerja dengan cepat.Saya telah menimba ilmu tentang komputer dalam kelas TMK.

Tuesday, 19 July 2011

Ringkasan Pembelajaran Kelas 5

1.Macam mana buat dan urus fail
 Mula-mula right click mouse dan pilih new folder = folder yang baru akan wujud di desktop  maka hasillah folder baru .
Kami cuba buat masukkan maklumat dalam microsoft word dan save dalam folder .
2.Change Theme
 Tekan butang Start - pilih control panel - tekan display dan pilih theme yang anda suka
3.Upside the web page name title bar(bar tajuk)
-the web page can be vertical and horizontal when u right click the tray
4.Search documents =click Start then search the things we want fine
  a.)Search documents =we can typing *. doc/dot/docx(2007) and ppt /pptx for powerpoint
  b.)Search movie or picture =typing * . gif/jpeg/jpg/bmp
 c.) Search music = *.mpc(for audio),au,wav
                           = for sound recorder (start - accessories - entertainment )
 d.)Search video = *. mov , avi , mpeg
                          =window movie maker

Sistem komputer terbahagi kapada 2 iaitu = a.)perkakasan  b.) perisian

a.)Perkakasan terbahagi kepada 3 iaitu : unit input,output dan storan
b.)Perisian terbahagi kepada 3 iaitu : sistem beroperasian , aplikasi dan utiliti
   Sistem beroperasian ialah window XP,window 2007 dan Linux
   Aplikasi ialah pemprosesan perkataan (microsoft word),powerpoint dan xcel(untuk buat pengiraan)
    -contoh perisian anti-virus untuk melindungi komputer daripada virus


Jenis-jenis Virus
1.Boot sector
2.Parition table
3.File virus
4.Multipartite virus
5.Macro virus
6.Trojan horse
7.Worms

Boot Sector- Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya ssehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.

Parition Table - Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table" cakera keras(ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.

File Virus - Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pafa fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik(sering berubah) dan virus stealth(tidak meninggalkan kesan).

Multipartite virus- Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan

Macro virus- Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD.Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalakan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.

Trojan horse- Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.

Worms - Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.


Cara mengesan virus
1.Scanner atau pengimbas
2.Pemantauan berulang
3.Intergrity Checkers


Tanda Jangkitan Virus
1.Perubahan dalam saiz fail.
2. Perubahan pada tarikh fail walaupun fail itu tidak diubahsuai.
3.Program mengambil masa yang agak lama untuk dijalankan.
4. Operasi sistem yang perlahan.
5. Pengurangan ruang cakera keras dan memori yang tidak dapat dikesan puncanya.
6. Sektor rosak pada disket,mahupun pada storan yg lain
7. Paparan mesej kerosakan yang ganjil.
8. Aktiviti skrin yang ganjil.
9. Aturcara tidak dapat dijalankan.
10.Sistem boot gagal semasa sistem bermula atau semasa memboot daripada pemacu .
11.Terdapat aktiviti pencapaian cakera keras semasa tiada aktiviti sedang berjalan.



Refleksi
 Kuliah hari ini ,Puan Zakiah telah mengajar kami banyak cara untuk mengurus fail,cari dokumen dengan cara yang cepat dan senang dan macam mana edit gambar.Pembelajaran ini dapat membantu kami menyaipkan kerja dengan cepat dan siapkan dalam masa yang singkat.Lagi satu maklumat yang baru saya fahami ialah jenis-jenis virus dan tujuannya.Selain itu , anti-virus yang dijual di pasaran ada 2 jenis iaitu 1 user dan 3 user.1 user adalah digunakan oleh satu komputer sahaja dan tiga user digunakan untuk tiga komputer.Hari ini saya telah dapat banyak maklumat tentang virus .

Wednesday, 13 July 2011

Ringkasan Pembelajaran : Kelas4
        Topik 1: Pengenalan Komputer
 
       Kuliah hari ini Puan Zakiah memberi penerangan mengenali   kesedaran tentang kepentingan komputerdan menentukan istilah dan mengenal pasti komponen-komponen .Perkakasan merupakan salah satu komponen .Seterusnya,kami mengiktirafkan tujuan rangkaian .Maksud rangkaian ialah bersambung peranti dan koleksi komputer.Rangkaian boleh membantu 2 atau lebih ramai orang untuk berhubung antara satu sama lain.Sebab mengguna rangkaian ialah berkongsi perisian ,data ,maklumat dan jimat masa.Contoh kegunaan INTERNET ialah  ejournal.Ejournal adalah digunakan untuk pembelajaran dan WORLD WIDE WEB(www) akses bahan yang kita perlu.Selain itu ,Puan Zakiah memberitahu kami setiap program baru perlu installing dan run dulu baru boleh gunakannya.Puan mengulang balik sedikit pembelajaran minggu lepas iaitu perisian,unit input,uinit output  dan storan.Pembelajaran yang seterusnya menerangkan kategori-kategori komputer dan jenis-jenis pengguna komputer.Terdapat pelbagai jenis pengguna komputer contoh pengguna biasa ,pengguna cipta perisian(software) dan lain-lain lagi.Kami membincangkan pelbagai aplikasi komputer dalam masyarakat.Sebagai contoh doktor guna Video Conferency untuk arahan operasi yang dijalankan di luar negara dan kerajaan guna untuk pendaftaran.

             A World Of Computer.Computer literacy merupakan pengetahuan dan pemahaman komputer dengan kegunaannya.Kitaran pemprocessian maklumat (Information Processing Cycle) = Input --- Process ---Output --- Storage ---communication.
            Apakan yang membuat komputer berkuasa? Jawapannya simpan data(storage) , perboleh percayaan yang sangat tinggi ( reliability and consistency) ,kelajuan (speed), berkomunikasi (communications).  Communication Device ( Peranti komputer ) digunakan untuk sambungan antara komputer.Komputer disambungkan dengan satu modem ,bridge dan router(tentu laluan).Computer Media adalah seperti cables,telephone lines, cellular radia ,satellites dan microware.
             Server -mengurus sumber-sumber dalam rangkaian . Users access the Internet - communications,information , shopping,banking dan investing,classes dan hiburan. A Web(jaringan) mengandungi text,graphics,sound,video dan link.Laman web juga digunakan untuk berkongsi maklumat.




 Refleksi:

        Hari ini saya lebih memahami komponen -komponen komputer  kerana sekali lagi Puan Zakiah memberi penerangan .Selain itu, saya telah belajar kepentingan,kegunaan ,pengguna dan kategori komputer.Network(rangkaian) a collection of computers and devices connected together.Rangkaian boleh berhubung antara satu sama lain.Ini dapat berkongsi maklumat dan jimat masa beserta habiskan kerja dalam masa yang singkat.Seterusnya saya juga belajar siapa server dan maksud web. Inilah apa yang saya belajar dan saya fahami pada hari ini.Harap saya dapat belajar lebih banyak tentang TMK dan meningkatkan pengetahuan saya dalam TMK.

Saturday, 9 July 2011

Ringkasan Pembelajaran : Kelas 3
 Buka e-mail baru dan blog


Refleksi:
 Saya sudah ada blog sendiri dan belajar bagaimana buka blog.
Ringkasan Pembelajaran : KELAS 2
  PERKAKASAN(hardware) adalah satu peralatan fizikal pada sistem computer.Mempunyai 3 kategori dalam perkakasan iaitu STORAN,UNIT INPUT dan UNIT OUTPUT.Dalam kategori STORAN terdapat papan induk  yang dipasangkan dalam CPU(central processing unit) untuk memproses data dalam sesebuah computer.,pemacu cakera yang digunakan untuk menyimpan dan mendapatkan kembali data dan memory digunakan untuk menyimpan data sebelum di hantar ke CPU untuk diproses.Memory dibahagikan kpd 2 iaitu Read Only Memory (ROM)-simpan data secara kekal dan Random Access Memory(RAM) –satu chip mikro yang mengandungi beribu-ribu atau juta saiz halus.
Papan kekunci ,tertikus,Mikro,Scanner dan Joy stick(kayu Ria) adalah unit input.Monitor dan speaker adalah unit output.Maklumat yang baru ialah MODEM (Modulator-tukar digital signal ke analog / Demodulator- tukar signal daripada analog)


Refleksi
  Hari ini Puan Zakiah membincang tentang perkakasan .Saya lebih faham maksud dan jenis-jenis perkakasan selepas puan memberi penerangan.Semua perkakasan yang dibincang telah pun kami cari tetapi puan memberi maklumat yang tidak dapat saya cari iaitu CD Rom.Ada 2 jenis CD Rom iaitu CD read only dan CD rewrite.Selain itu, maklumat yang baru saya dapat pada kuliah hari ini ialah storage dan AMD (Advanced Micro Devices).Saya hanya tahu apa itu Kb,Mb,dan Gb tetapi maksudnya saya tidak tahu dan 1kb = berapa bit saya tidak jelas.
Tugasan :Cari Storage dan AMD.
Ringkasan Pembelajaran : KELAS 1
      Apakah maksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)? TMK bermaksud  teknologi untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat kepada manusia .Secara umumnya, dalam pengetahuan orang ramai TMK ialah KOMPUTER manakala dalam TMK terdapat banyak barang yang dihasilkan termasuk komputer. Maksud Komputer ialah sesuatu yang dihasilkan untuk kemudahan manusia .Kegunaan komputer kepada pelajar ialah berkongsi maklumat melalui e-mail ,facebook ,skype dan lain-lain lagi.
Selain itu,sistem komputer dibahagikan  kepada 2 iaitu perkakasan(hardware) dan perisian (software) juga merupakan ringkasan pembelajaran kelas 1  .Jenis-jenis perisian ialah anti-virus,lukisan,internet ,multimedia dan sebagainya. Puan Zakiah memberi tugasan kapada kami iaitu mencari jenis-jenis Perkakasan.
Seterusnya Puan Zakaih memberi penerangan tentang Perkembangan Komputer..Teknologi berkembang disebabkan kita mempunyai computer yang mudah digunakan.Perkembangan komputer sehingga kini adalah sebanyak 5 generasi.Generasi 1 (1941-1956)iaitu komputer ENIAC (Electronic Numercial Integrator and Computer) dibangunkan hasil kerjasama antara University of Pennsylvannia dan kerajaan US. Generasi 1 terdiri drpd 18000 tiub vakum dan 7000 resistors.Dibangunkan oleh John Presper Eckert dan John W.Mauchly (General purpose computer).Generasi ini mengggunakan bahasa mesin (simbol-simbol)untuk melaksanakan operasi dan guna tiub hampagas dan dram magatik untuk menyimpan data.
Inilah pembelajaran kelas 1.Tugasan yang diberi:Cari jenis-jenis Perkakasan.

Refleksi
Hari ini adalah pertama kali saya masuk kelas TMK.Semasa saya melihat Puan Zakiah ,saya berasa Puan Zakiah ialah seorang pensyarah yang garang kerana puan member satu perasaan yang menakutkan saya.Apanila Puan Zakiah memberi penerangan tentang TMK dan memulakan kelas ,saya berasa puan tidaklah garang seperti yang saya fikirkan.Kelas ini memberi saya banyak maklumat yang baru iaitu white paper,perisian dan perkembangan computer.Sebelum ini saya hanya tahu maksud yang sangat umum tentang TMK tetapi hari ini saya dapat belajar apakah maksud TMK dan mengenali generasi komputer 1.