Saturday, 9 July 2011

Ringkasan Pembelajaran : KELAS 1
      Apakah maksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)? TMK bermaksud  teknologi untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat kepada manusia .Secara umumnya, dalam pengetahuan orang ramai TMK ialah KOMPUTER manakala dalam TMK terdapat banyak barang yang dihasilkan termasuk komputer. Maksud Komputer ialah sesuatu yang dihasilkan untuk kemudahan manusia .Kegunaan komputer kepada pelajar ialah berkongsi maklumat melalui e-mail ,facebook ,skype dan lain-lain lagi.
Selain itu,sistem komputer dibahagikan  kepada 2 iaitu perkakasan(hardware) dan perisian (software) juga merupakan ringkasan pembelajaran kelas 1  .Jenis-jenis perisian ialah anti-virus,lukisan,internet ,multimedia dan sebagainya. Puan Zakiah memberi tugasan kapada kami iaitu mencari jenis-jenis Perkakasan.
Seterusnya Puan Zakaih memberi penerangan tentang Perkembangan Komputer..Teknologi berkembang disebabkan kita mempunyai computer yang mudah digunakan.Perkembangan komputer sehingga kini adalah sebanyak 5 generasi.Generasi 1 (1941-1956)iaitu komputer ENIAC (Electronic Numercial Integrator and Computer) dibangunkan hasil kerjasama antara University of Pennsylvannia dan kerajaan US. Generasi 1 terdiri drpd 18000 tiub vakum dan 7000 resistors.Dibangunkan oleh John Presper Eckert dan John W.Mauchly (General purpose computer).Generasi ini mengggunakan bahasa mesin (simbol-simbol)untuk melaksanakan operasi dan guna tiub hampagas dan dram magatik untuk menyimpan data.
Inilah pembelajaran kelas 1.Tugasan yang diberi:Cari jenis-jenis Perkakasan.

Refleksi
Hari ini adalah pertama kali saya masuk kelas TMK.Semasa saya melihat Puan Zakiah ,saya berasa Puan Zakiah ialah seorang pensyarah yang garang kerana puan member satu perasaan yang menakutkan saya.Apanila Puan Zakiah memberi penerangan tentang TMK dan memulakan kelas ,saya berasa puan tidaklah garang seperti yang saya fikirkan.Kelas ini memberi saya banyak maklumat yang baru iaitu white paper,perisian dan perkembangan computer.Sebelum ini saya hanya tahu maksud yang sangat umum tentang TMK tetapi hari ini saya dapat belajar apakah maksud TMK dan mengenali generasi komputer 1.

No comments:

Post a Comment